Saturday, 7 January 2012

30 WASIAT IMAM SYAFIE-by Khairul Ghazali

Assalamualaikum sebagai pembuka kata.....

IMAM SYAFIE adalah ulama' yang tergolong dalam ulama' salaf yang sangat berpengaruh yang digelar dengan 'Imam Mazhab'.Ketokohannya tiada terbanding.Hujah-hujahnya tidak mampu dipatahkan oleh sesiapa pun.Nama penuh beliau ialah Imam Syafie bin Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hashim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad pada datuk baginda yang ketiga iaitu Abdul Manaf.Demikian lah serba sedikit tentang insan hebat ini.Sebelum beliau meninggalkan muka bumi ini,beliau telah mewasiatkan 30perkara untuk diikuti oleh pengikutnya yang setia.....

1-BELAJAR DAN MENGAJARLAH ILMU
    :'Tuntutlah ilmu sebanyak mungkinkerana ia akan menjagamu dan membuatmucemerlang didunia dan diakhirat,disamping ianya menjadi amalan para nabi dan rasul serta orang-orang yang soleh.'
       -Imam Syafie

2-MEMILIH MAKANAN YANG HALAL
     :'Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.'
       -Imam Syafie
     :'Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram maka nerakalah yang layak baginya.'
       -hadith Al-Tarmizi

3-MEMPERBANYAKKAN LIMA PERKARA
     :'1-perbanyyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
       2-perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia'
       -Imam Syafie
    :Rasulluh pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit,sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati

4-SABAR DENGAN MUSIBAT,SYUKUR DENGAN NIKMAT
    :'Sabar menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan
     kesabaran pula.Adapun bala dan musibat,ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah.
  Oleh itu,syukurilah ia kerana sesungguhnya yang demikian setinggi-tinggi erti syukur'
       -Imam Syafie

5-MENZIARAHI ORANG SAKIT
    :'Apabila salah seorang diantara kaum kerabat ataupun jiran dan saudaramu sakit,hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah'
       -Imam Syafie
    :'Barang siapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah,maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu didalam syurga'
      -riwayat Tarmizi

6-HINDARI PERASAAN MARAH
    :'Marah adalah salah satu diantara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.Oleh itu,hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya'
      -Imam Syafie

7-MENGASIHANI ANAK YATIM
    :'Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan
     besama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim diakhirat kelak'
       -Imam Syafie

8-BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
    :'Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaiman
     mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu'
       -Imam Syafie

9-AMAL SOLEH SEBAGAI PERISAI
    :'Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis'
       -Imam Syafie

10-TAKWA MEMBUAHKAN INSAN CEMERLANG DAN BERJAYA

     :'Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar.Ianya ibarat pokok zaitun,minyaknya membaa keberkatan,ianya juga membawa kejayaan dan kemenangan'
        -Imam Syafie


diatas adalah 10 daripada 30 wasiat Imam Syafie kepada kita semua...moga dihari-hari yang kita lalui kita sentiasa mengamalkan wasiat beliau....aminn

0 comments:

Post a Comment