Thursday 12 January 2012

RED VELVET CAKE


disebabkan aku suka sangat makan benda alah ne,aku nak post resepi dy so ampa ley buat n rasa...huhuhu..okeyh..


Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sudu besar cream of tartar/1 sudu besar cuka putih/1 sudu besar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar/cuka/jus lemon dengan susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.


cuba laa okeyh...barani bet laa benda ne mmg sdap yang amat...tapi kpd depa hat xboley makan cheese jangan dok gatai makan jugak...mmg caqi pasai nmanya tu...huhuhu...selamat beramal....

Saturday 7 January 2012

HAJAHANGUPEYO..hehehe..mari blja bhsa korea






30 WASIAT IMAM SYAFIE-by Khairul Ghazali

Assalamualaikum sebagai pembuka kata.....

IMAM SYAFIE adalah ulama' yang tergolong dalam ulama' salaf yang sangat berpengaruh yang digelar dengan 'Imam Mazhab'.Ketokohannya tiada terbanding.Hujah-hujahnya tidak mampu dipatahkan oleh sesiapa pun.Nama penuh beliau ialah Imam Syafie bin Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hashim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad pada datuk baginda yang ketiga iaitu Abdul Manaf.Demikian lah serba sedikit tentang insan hebat ini.Sebelum beliau meninggalkan muka bumi ini,beliau telah mewasiatkan 30perkara untuk diikuti oleh pengikutnya yang setia.....

1-BELAJAR DAN MENGAJARLAH ILMU
    :'Tuntutlah ilmu sebanyak mungkinkerana ia akan menjagamu dan membuatmucemerlang didunia dan diakhirat,disamping ianya menjadi amalan para nabi dan rasul serta orang-orang yang soleh.'
       -Imam Syafie

2-MEMILIH MAKANAN YANG HALAL
     :'Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.'
       -Imam Syafie
     :'Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram maka nerakalah yang layak baginya.'
       -hadith Al-Tarmizi

3-MEMPERBANYAKKAN LIMA PERKARA
     :'1-perbanyyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
       2-perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia'
       -Imam Syafie
    :Rasulluh pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit,sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati

4-SABAR DENGAN MUSIBAT,SYUKUR DENGAN NIKMAT
    :'Sabar menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan
     kesabaran pula.Adapun bala dan musibat,ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah.
  Oleh itu,syukurilah ia kerana sesungguhnya yang demikian setinggi-tinggi erti syukur'
       -Imam Syafie

5-MENZIARAHI ORANG SAKIT
    :'Apabila salah seorang diantara kaum kerabat ataupun jiran dan saudaramu sakit,hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah'
       -Imam Syafie
    :'Barang siapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah,maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu didalam syurga'
      -riwayat Tarmizi

6-HINDARI PERASAAN MARAH
    :'Marah adalah salah satu diantara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.Oleh itu,hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya'
      -Imam Syafie

7-MENGASIHANI ANAK YATIM
    :'Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan
     besama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim diakhirat kelak'
       -Imam Syafie

8-BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
    :'Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaiman
     mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu'
       -Imam Syafie

9-AMAL SOLEH SEBAGAI PERISAI
    :'Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis'
       -Imam Syafie

10-TAKWA MEMBUAHKAN INSAN CEMERLANG DAN BERJAYA

     :'Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar.Ianya ibarat pokok zaitun,minyaknya membaa keberkatan,ianya juga membawa kejayaan dan kemenangan'
        -Imam Syafie


diatas adalah 10 daripada 30 wasiat Imam Syafie kepada kita semua...moga dihari-hari yang kita lalui kita sentiasa mengamalkan wasiat beliau....aminn

Tuesday 3 January 2012

WAHAI ADAMKU...



wanita dicipta dari rusuk kiri lelaki..bukan dr kepala untuk dipuja,bkn dr kaki untuk djejak..tp ia dekat dbahu untuk djaga dn dekat jua dhati untk dcinta...wahai Adam,fahamilaa hakikat penciptaanku adalah dri sbtang rusukmu yg bengkok..tugasmu adalah meluruskan ku..bukan mematahknku..walau aku xkn mungkin sebenar2 lurus untukmu,sedarilaa itula fitrah asal kejadian ku..terimala aku seadanya..terimala kekurangan aku seperti mana aku menerima kekurangan mu..sayangila aku seperti mana aku menyayangimu..sesungguhnya kau adalah jodohku,walau tidak ku tau,siapakah gerangan dirimu wahai Adamku..

KARANGAN NAK BAGI ORANG MATI


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Syabas pun belum ade teknologi untuk masalah ini.Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit ” Adoi! ” . Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.

Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.

Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit ” Adoi..! ” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. >Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.

Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.



p/s:aku yang bca pn hampir nak mati daa....hahahaha

SIFIR MENGGUNAKAN JARI


ehem2...well,sbgai bakal tutor untuk subjek math Feb ne,nak xnak syaratnya aku kena mahir pengiraan matematik menggunakan jari...nak try??
                                                                         CONTOH
                                                                          7x8=56
   
  LANGKAH PERTAMA
                         tgok jari kt atas...setiap jari mmpunyai simbol nombor tersendiri..tgok jari manis sebelah kiri,ia bernombor 7 dan bertemu dengan jari hantu kanan yg bernombor 8..ne mewakili 7x8...
   
  LANGKAH KEDUA
 jari yang bersentuh dan jari dibawahnya bernilai 10 setiap satu...5x10=50
    
  LANGKAH KETIGA
jari yang selebihnya iatu yang diatas,jari kiri didarabkan dgn jari kanan...3x2=6

     LANGKAH KEEMPAT
jumlahkan kedua2nya...50+6=56


haa....dpat x??kaedah ne cuma ntok sifir 6 sampai 10 ja...sifir lain tu kira sendri laaa ye...ehehehehe....

Monday 26 December 2011

pErMuLaAn BlOg bARu

tulih balik lepaih 2taon xtulih..huhuhu